Web Site Counters

kata pendahuluan
assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh, ucapan salam yang serba indah dilafazkan buat para pembaca sekalian. ribuan terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkunjung tiba. harap maklum bahawasanya, lelaman www.sanggar-perbayu.blogspot.com ini merupakan lelaman di mana konteksnya sedikit-sebanyak diadaptasi daripada ---; www.freewebs.com/penglipur_lara, lelaman PERBAYU yang diselenggarakan sejak tahun 2006 hingga 2008, lalu dikemaskini agar tampak lebih interaktif lagi mampat isiannya dengan pelbagai ruangan yang penuh dengan ilmuan, perbincangan dan penulisan kreatif para pelajar. dengan itu, sekian. wassalam. ^^
objektif
di samping pembaharuan lelaman www.sanggar-perbayu.blogspot.com sempena menyambut tahun baru(2009) nanti, apa yang pasti, objektif di sebalik kewujudan PERBAYU tetap kekal sama yakni; untuk sering mempertingkatkan mutu persembahan kami dalam apa jua acara yang telah dijanjikan mahupun, yang bakal datang mengundang. sesungguhnya kami percaya bahawa suatu kejayaan itu hanya akan membuahkan hasil jika kita tidak mudah rasa puas dan, bangga malah tetap tekun berusaha. prinsip ini juga, adalah sangat penting terutama dalam hal mencapai impian termasyhur kami yakni; menghiburkan hati semua manusia sekalian alam. ^^
perbayu institut millennia

NAFAS BARU!



Penglipur Lara™ masih kekal, giat memperjuangkan setiap seni, bahasa, budaya dan bangsa melayu. insya'allah, dengan izin-Nya, usaha kami tidak akan terhenti disini sahaja.